01 June 2012

Langkawi: Disebalik Bebas Cukai

Cuti Sekolah tiba jua akhirnya.....
Aku & isteri telah merancang untuk ke pulau bebas cukai, Pulau Langkawi....
Matlamat utama bukan untuk membeli-belah tetapi lebih kepada aktiviti menghargai dan menghayati alam semulajadi......

Sebelum bertolak, segala urusan telah diuruskan, daripada tiket tambang murah, kereta sewa Viva, penginapan di Delta Motel semuanya beres....



 Penerbangan kami dari LCCT ke Langkawi hanya mengambil masa 45 minit sahaja, kami tiba di Langkawi pada malam 27 Mei 2012. Setibanya di Langkawi, Radzi (orang kereta sewa) menyambut kami dengan sebuah perodua viva yang dijanjikan, bayarannya RM270. Belum sempat nak naik kereta, brother tu tawarkan aktiviti Island Hoping kepada kami dengan bayaran sebanyak RM25 seorang. Aku dah 'survey' dalam internet biasanya dalam RM30-35 seorang jadi kami pun setuju untuk Island Hoping pada keesokan paginya.



Penginapan di Delta Motel pun memuaskan, pemandangan menghadap pantai, bilik yang selesa dilengkapi penyapu yang memang sangat berguna untuk menyapu pasir. Penginapan untuk 4 hari 3 malam di Delta Motel tu menelan belanja sebanyak RM240.







Keesokan paginya, 28 Mei 2012 jam 9 pagi van yang datang untuk mengambil kami ke jeti untuk aktiviti Island Hoping dah pun tiba. Untuk Island Hoping ni, ada 3 aktiviti yang disajikan, mula2 kami dibawa pergi ke Pulau Dayang Bunting selama 1 jam. Di situ ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan, seperti mandi manda air tasik dan solar paddle boat. Kami mencuba solar paddle boat sebelum bermain2 dengan air tawar tasik dayang bunting. Kemudian, kami dibawa untuk melihat aktiviti memberi Helang makan, tatkala kami lapar belum makan. Selepas itu, kami dibawa pula ke Pulau Beras Basah selama 1 jam, memang takde beras di pulau tu, sebab itulah semua orang beli 'Maggi in Cup' semasa berada disitu kerana kelaparan. Pantai di pulau itu memang cantik dan bersih, sehingga kami sanggup membasahkan pakaian untuk mandi manda.Lebih kurang jam 3 petang kami kembali ke jeti sebelum dihantar ke hotel masing2.
 

Selepas tu, kami pergi menjelajah pantai chenang untuk mencari pakej snorkeling di Pulau Payar, kedai pertama yang kami masuk menawarkan harga RM85 seorang, dan kami terus bersetuju kerana sebelum ni ada pihak menawarkan harga RM130 seorang. Snorkeling di Pulau Payar ni ada dua jenis je, satu yang eksklusif di atas platform, satu lagi yang murah di pantai.



Malam harinya, teringin nak makan seafood di Langkawi, berdasarkan pengalaman pelancong2 lain, ada yang mengesyorkan makan di RASA, pantai chenang. Memang cantik restorannya, tapi makanannya tak seberapa, harganya memang mahal......la.... tidak disyorkan kepada rakan2.

29 Mei 2012 tepat jam 8 pagi, bas mengambil kami dihadapan hotel menuju ke Jeti di pekan kuah. Untuk ke Pulau Payar, kami perlu menaiki feri selama satu jam. Keadaan pantai di Pulau Payar agak meriah dengan pelancong2 yang datang untuk snorkeling. Kami menghabiskan masa sehingga jam 3 petang di Pulau Payar. Antara tarikan utama di sini ialah Ikan Yu Sirip Hitam. Setiap kali ada jeritan 'baby shark' pasti ramai yang bertaburan berlari dan berenang kerana takut dengan si jerung. Sebenarnya, ikan ni tak merbahaya pun....
Makan tengah hari semuanya disediakan oleh pihak agensi termasuklah peralatan snorkeling dan 'life jacket', jadi tak perlu bimbang jika anda tak tahu berenang.....he3





Malam hari, aktiviti makan2, kali ni kami bertanya pada orang tempatan restoran mana yang terbaik!, dan mereka mengesyorkan restoran haji ramli dan Restoran Aliah, kedua2nya di pantai chenang. Kami pergi ke restoran haji ramli, tetapi tak banyak pilihan yang ada, jadi kami pergi pula ke restoran Aliah, macam2 ada.
Kali ni, memang puas hati, sedap dan murah, standard harga tanah besar. Memang disyorkan kepada sesiapa yang nak pergi ke Langkawi. Berdasarkan pengamatan aku, memang kebanyakan pelanggan adalah orang tempatan....bukan pelancong.



Hari terkahir di Pulau bebas cukai.....menggunakan kesempatan 'bebas cukai' untuk membeli belah. Benda2 biasa la, coklat untuk keluarga, sudu2 besi yang tak tahu bila nak pakai agaknya, kain2 batik dan pelikat yang tak pernah cukup, curut bebas cukai untuk penghuni 'rumah putih', dan cenderamata. Ingat nak bawa balik Nissan 370z sekali, nampak macam banyak sangat je kat atas pulau ni.....