12 December 2011

Cuti-Cuti Malaysia Versi Bajet

Setelah penat bekerja, tibalah masa untuk bercuti....
Semua perkara berjaya disudahkan dengan jayanya....
Hanya sekelumit yang mengganggu cuti aku....

Pertama, angkara secebis golongan yang tak menunaikan tanggungjawab mereka, aku yang jadi mangsa, tunggu meeting pertama aku nak smash atas kepala.....

Kedua, kalau diikutkan perancangan cuti kali ni nak ke negeri cik siti wan kembang, tapi..... penganjur Mr. Edrong senang2 je tukar tarikh perjalanan, rosak segala rancangan.

Dengan itu aku dan pasangan pun tukar rancangan, mencari tempat untuk berjalan2. Setelah ditapis dan disaring, ibu kota Kuala Lumpur menjadi pilihan beserta Alma Mater Bandaraya Shah Alam. 

Matlamat utamanya untuk ke Koperasi Permodalan Felda, bukan nak keluar dividen tapi baru nak hantar borang daftar jadi ahli. Orang kata kalau hantar di Pejabat Felda rancangan mahu setahun baru siap proses, jadi baiklah aku hantar je sendiri....sambil menyelam minum air bolehlah pergi berjalan2 sekali dengan isteri. Jangan muflis sudahlah KPF ye....takut juga aku dengan Isa Samad tu, nanti lebur pulak pelaburan tu....

Seterusnya, kami mula merencana perjalanan yang sungguh memenatkan dan menyakitkan mata, bukan ape ramai sangat MAT UMNO pakai baju melayu dengan samping merah berkeliaran di ibu kota sempena perhimpunan buang suara diaorang tu. 

Di Kuala Lumpur, kami banyak pergi ke tempat2 yang mengancam kewangan seperti SOGO yang tidak begitu murah (murah lagi kat pasar malam muadzam dan selancar tiga), Plaza Low Yat, dan juga lokasi paling aku tak suka tapi isteri aku suka iaitu Jalan Tunku Abdul Rahman. Lain takde, sudah pasti tudung, kain pasang dan baju kurung. Trend terbaru baju kurung bintik2 ataupun Polka Dot. Sempat la jugak kami menaiki LRT dan juga Monorel mengimbau zaman2 bercinta.....Nasib baik monorel tu tak rosak macam yang di Melaka. Aku dah cakap dah pada Ali Rustam tu, barang China mana boleh pakai, macam handphone China la juga, cepat rosak. Belilah monorel yang elok sikit....

Apabila hari gelap, kami pun mula bergerak ke Shah Alam mencari lokasi untuk menginap, nak tumpang rumah saudara, saudara pun menumpang jadi terpaksalah cari hotel murah2 tapi jauh lebih baik daripada HOTEL BAJET MEDAN GOPENG. Kami tidur di Hotel Tree Boutique di Seksyen 7 yang sememangnya berbaloi, cantik dan menarik. Yang penting murah. Malam tu aku bawa orang tersayang pergi shopping complex aku zaman belajar dulu iaitu UPTOWN Shah Alam, memang dah lain sangat. Lepas tu menuju ke bandar berAPI ataupun omputih panggil I-City. Macam tak berbaloi je dengan sepuluh ringgit aku masuk situ.  Esoknya baru lah pergi ronda2 Shah Alam dan ke taman cahaya seri alam atau Bukit Cerakah.


Selain daripada itu, sepanjang cuti ni kami lepak di Selancar tiga, Keratong 3, dan Lepar. Baru seminggu aku tinggal banglo kat selancar tiga tu habis licin besi2 kat rumah aku, cangkul dan kereta sorong pun kena sapu, penutup tangki septik tu awal2 lagi dah kena sapu nasib baik benda tu memang aku sapu jugak dari Inap Desa.

Untuk percutian akan datang rancang lah dengan teliti. Gunakanlah takwim ni sebaiknya. Nak ke mana ye?





17 October 2011

Mahu Jadi......atau Ingin Jadi Sahaja!

BERITA BAIK!!!
Untuk rakan2 sukan permotoran...
Kepada Mahu Jadi (Wannabe).......
Mungkin ini yang anda perlukan.....
 &
Ini yang aku tawarkan......
Komponen Enjin Evo 6 untuk dijual.....

HEAD EVO 6

INTAKE + THROTTLE BODY
HEAD + CAM + PULLEY

Harganya murah saje2.....
Valve Cover RM250
Head + Cam + Pulley RM500
Intake + Throttle Body RM250
Crank Sensor RM200
Harga buleh dirunding.....
* Komponen enjin ini bukan untuk M3 ape celup, Silfiro, Eg Sampan dan juga Pajero. Sesuai untuk Wira, Waja, Persona & Gen2 WANNABE yang bernadikan 4G63 terbalik sahaja......MIVEC CK, GSR TERBALIK Tak Sesuai Gitu.....




11 October 2011

Siapakah Sir Henry Gurney yang Malaysia sanjungi?

Semalam saya berkesempatan mendengar ceramah umum Pakatan Rakyat di  Kg. Tahang Rimau, Segamat bersama keluarga. Tarikan utama pastinya Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mat Sabu.
Selain tu, ada juga penceramah lain, Chegu Bard dan Chua Jui Meng.

Perkara yang menarik perhatian saya ialah tentang isu sejarah negara yang diutarakan oleh Chegu Bard.
Siapakah Sir Henry Gurney? Pernah tak kita dengar namanya, paling kita tahu pastinya sekolah Henry Gurney, Jalan Gurney dan macam2 Gurney lagi yang ada........

Kenapa nama mat salleh ni begitu terkenal sangat? Apakah sumbangan mamat ni? Adakah dia pernah menjaringkan gol sebanyak Thierry Henry......pastinya tidak kerana dia bukan pemain bola sepak kan...

Jom berkenalan dengan mamat Gurney ni serba sket ....., sebelum dia tiba ke tanah Melayu dia ialah Chief Secretary to the Palestine Mandate Government (1946–1948) atau dalam bahasa mudahnya, dialah orang yang bertanggungjawab terhadap perpecahan Palestin pada 1947 dan tertubuhnya Israel pada tahun 1948. Atas kejayaannya itu, mamat ni dihantar pula ke tanah melayu pada September 1948 untuk mengekalkan penguasaan British di Tanah Melayu dan memecahbelahkan kaum di sini.
 
Tetapi orang Malaysia menyanjung tinggi mamat omputih ni, macam2 benda dibuat unutk menghargai jasa dia, sedangkan dia ni lah yang telah menghancurkan bumi Palestin. Jadi apa guna Khairy Jamaluddin hantar air mineral ke Palestin tapi di minda kita masih menyanjungi Henry Gurney.

Kenapa ini semua terjadi? Sebabnya...... UTUSAN MALAYSIA......yang telah meracuni minda orang Malaysia dengan penyelewengan fakta yang terlampau, UMNO  yang terus memperbangangkan orang Melayu dengan mengagungkan British sebagai wira kemerdekaan. Fikir2 kan wahai rakan2.